siapa kami  ||   apa dia nlp  ||   nlp dan islam    ||   kuasa minda   ||  gelombang otak  ||  seminar nlp  ||   hubungi kami     

SIAPA KAMI?

DxCM adalah entiti pembangunan ihsan berteraskan kepada praktik NLP Kerohanian. NLP yang telah diperkenalkan secara meluas oleh dunia Barat dengan pelopornya John Grinder bersama Richard Bandler telah melalui proses Islamisasi yang dilakukan dengan teliti. Penerapan nilai-nilai keIslaman yang disatukan dengan konsep Islam ini digarap dengan sebegitu unik bagi  membantu masyarakat Islam Malaysia mendalami praktikal NLP dangan pandangan baru untuk mencapai kejayaan yang diimpikan disamping mendekatkan diri kita kepada al-Khaliq [Pencipta] segala apa yang ada di alam semesta ini.

MOTTO KAMI

Perbezaan Menghasilkan Perbezaan - adalah satu expresi bahawa sesuatu perkara yang dilakukan dengan cara yang berbeza akan menghasilkan impak yang berbeza. Dengan cara ini, kejayaan untuk mencapai impian yang disematkan di dalam minda kita akan hanya dapat dicapai dengan pendekatan yang berbeza dengan apa yang kebiasaan kita lakukan.

OBJEKTIF KAMI

DxCM menyusun program sebegini, dengan objektif untuk ;

    1. Membentuk satu masyarakat yang berjaya mencapai impian
    2. Membentuk masyarakat yang berkeupayaan material bagi tujuan kesejahteraan ummah
    3. Membentuk masyarakat yang berjaya dan sentiasa mengingati asal kejadian segala makhluk
    4. Membentuk masyarakat yang berjaya di dunia dan di akhiarat
    5. Membentuk masyarakat berjaya yang punya kesedaran bahawa segala kejadian adalah milik Yang Satu.

[Menerusi Seminar "Rahsia Bicara Luar Biasa", peserta diajarkan teknik-teknik NLP yang telah diserapkan dengan nilai-nilai Islam bagi mendapatkan ketenangan dan mengawal emosi bagi mengumpul tenaga aktif dalaman dan tenaga alam semesta bagi merealisasikan impian.]

(c) copyright control 2010 by dynaxiss consultant & management

developed by hasbabu